Pernah menafikan dakwaan itu, Datuk Hattan sekali lagi menegaskan beliau enggan lagi memberikan sebarang komen dan sudah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Saya sudah agak soalan ini pasti keluar. Kalau nak tahu saya sudah membuat laporan polis, minggu lalu dan menyerahkan perkara ini kepada peguam. Selebihnya saya tak nak komen.
Terdahulu, Kak Zab telah berjaya menarik perhatian ramai menerusi sebuah video yang mendakwa dirinya dan suami telah muflis gara-gara menjadi penjamin kepada penyanyi Datuk Hattan. Malah, Kak Zab juga mendedahkan pula dokumen syarikat yang masih disimpan sebagai bahan bukti.
Didalam dokumen yang dimuat naik oleh Kak Zab, ia tertera nama sebenar Datuk Hattan dan tanda tangan beliau. Difahamkan, isu ini sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lepas.