February 20th, 2013

Kasihan sungguh dengan kejadian yang menimpa Mohd Mentor ini. Protege Ziana Zain telah disiasat atas tuduhan rogol baru-baru ini. Namun begitu, Mohd mendakwa dia telah dianiaya oleh rakan wanitanya yang merupakan seorang penyanyi.

mohd mentor rogol

Kini Mohd Mentor telah dibebaskan setelah ditahan reman selama 7 hari tanpa ikat jamin. Namun begitu, dakwaan ini masih di dalam siasatan dan telah pun memberikan impak negatif kepada kerjaya Mohd Mentor. Kata Mohd kepada MediaHiburan:-

Tidak dinafikan insiden terbabit menjejaskan periuk nasi saya. Banyak ‘show’ yang telah dibatalkan termasuklah perlantikan saya sebagai duta Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditangguh. Selain itu, saya juga perlu menanggung malu kerana orang memandang serong terhadap saya. Ada juga yang bertanya akan kesahihan cerita tersebut, apa yang boleh saya cakap semua masih dalam siasatan.

mohd mentor rogol

Yang peliknya, dakwaan rogol ini terjadi selepas hanya sebulan Mohd dan penyanyi wanita itu berkenalan. Memang agak menghairankan juga lebih-lebih lagi selepas mendengar penerangan Mohd di bawah.

Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan.

Nampak gaya macam teraniaya pun ada jugak kan? Dunia sekarang ini susah nak tahu siapa benar siapa salah. Yang penting, tunggu sahajalah keputusan siasatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kelak. Harap-harap Mohd Mentor tidak bersalah dan dapat mulakan kerjayanya semula.

P.S: Cuba korang tengok video di atas. Sungguh pelik sekali. Apakah cahaya yang kelihatan bergerak dengan begitu pantas mengejar sebuah kereta di dalam terowong tersebut? Menurut laporan, kereta tersebut adalah isi sebuah trak kargo yang hilang ditelan cahaya beberapa hari lepas. Mengapakah cahaya misteri tersebut mengejar kenderaan itu? Ada sesuatu yang istimewa ke pada kereta tersebut? Misteri nusantara sungguh!!!


Comments are closed.

Loading...