Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Dakwaan Langgar SOP Aidilfitri, Keluarga Neelofa Hadir Beri Keterangan

 

Advertisement

Nama selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat selepas video pendek tular di Twitter dipercayai dirakam ketika perayaan Aidilfitri beberapa hari lalu.

BACA: Buat Hal Lagi, Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Beramai-Ramai Cetus Persoalan Netizen

Video tersebut difahamkan telah dikongsi kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram. Menerusi video tersebut, kelihatan ibu bapa dan adik beradiknya saling bersalaman dan bermaafan.

Advertisement

Terbaru, Harian Metro melaporkan ahli keluarga Neelofa hari ini telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan. Turut kelihatan adalah bapa kepada selebriti berkenaan.

Memetik laporan tersebut, mereka tiba sekitar jam 2.51 petang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih.

Keluarga Neelofa langgar SOP aidilfitri

Terdahulu, polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan keluarga berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video tular berdurasi 26 saat yang dikongsikan kembali di Twitter sehingga kini telah mendapat lebih 3k retweet dan 2k tanda suka. Orang ramai rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati berikutan isu perlanggaran ini bukan kali pertama berlaku.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    May 19, 2021 at 10:35 am

    dah-dah lah neelofa penat kite org tgk kau punya kontroversi.

  2. Anonymous

    May 19, 2021 at 12:41 am

    Asik cari publisiti murahan..next!!

  3. anonymous

    May 18, 2021 at 8:37 pm

    tak de hal misti lepas ..the power of kayangan….menteri cakap tak serupa bikin

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top