Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Hal Lagi, Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Beramai-Ramai Cetus Persoalan Netizen

Neelofa

Nama selebriti terkenal Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila sepotong rakaman video pendek disyaki dirakam ketika sambutan perayaan Aidilfitri Jumaat lalu telah dikongsikan seorang netizen di media sosial Twitter, hari ini.

Video tersebut difahamkan telah dikongsikan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila di Instagram miliknya yang memaparkan sesi bermaaf-maafan dan bersalaman antara ahli keluarga.

Advertisement
Keluarga NeelofaSumber : Google  

Meskipun kelibat Neelofa tidak kelihatan dalam video tersebut, namun adik beradiknya yang lain serta suami, Haris turut berada dalam video tersebut.

Namun begitu, Noor Nabila telah bertindak memadam video berkenaan namun sempat dirakam kembali oleh pengguna media sosial dan telahpun menjadi tular.

Punca mengapa isteri kepada Engku Emran ini memadam video berkenaan masih belum dipastikan sebab-sebabnya.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil mempersoalkan pematuhan SOP dalam kalangan keluarga selebriti ini malah ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini, tidak kiralah selebriti ataupun golongan rakyat T20.

Screenshot TwitterSumber : Twitter  
TwitterSumber : Twitter  

Terdahulu, kerajaan telah melaksana PKP kali ketiga di mana prosedur operasi standard untuk sambutan hari raya adalah dilarang mana-mana individu untuk menjalani aktiviti ziarah menziarahi sepanjang hari perayaan.

Sebelum ini, nama Neelofa hangat diperkatakan warga maya apabila dia dan suami telah melanggar SOP ketika majlis perkahwinan yang berlangsung sekitar Mac yang lalu serta perbuatan merentas negeri ke Langkawi, Kedah serta Nilai, Negeri Sembilan.

SUMBER : Twitter
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    May 18, 2021 at 3:37 pm

    Bg aku kalo dah langgar sop lepas tu bangga upload kat social media, maknanya org tu x kesah pon kalo kene amik tindakan pon. X pyh la bukak2 ketas siasatan. Dia org punya kekayaan tu stakat bayar compound rm 1juta tu celah taik gigi lofa je.. dia lg rela bayar rm1juta asalkan dia org dapat apa yg dorang nak..xde makne dorang nak ikut sop bodoh tu..

  2. abu benci kayangan

    May 18, 2021 at 1:43 pm

    PDRM ni pegi la terus cekup malaun ni semua apasal kayangan ye takut ke pundeik la kalau bukan retis bangsat ni sumer laju betul ko dtng

  3. u disrespect others & frontliners

    May 18, 2021 at 12:59 pm

    semua benda nak upload kat social media. memang adik beradik ni dahagakan perhatian org luar ke?

    • Anonymous

      May 18, 2021 at 2:27 pm

      ofkos.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top