Pendakwah bebas, Firdaus Wong hadir ke Mahkamah Majistret Tenom bagi memberi keterangan sebagai saksi ketiga kes gangguan seksual yang dihadapi aktivis kemanusiaan terkenal, Ebit Lew.
Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung berkata dia ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit wanita yang mendakwa kiriman tersebut dari Ebit Lew.
Bukan itu sahaja, semua mesej dan gambar daripada aplikasi WhatsApp itu dilihat sendiri oleh Firdaus apabila bertemu dengan ‘pengadu’ dan suaminya.
Antara mesej suara daripada Ebie Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.
Terdapat juga pesanan bertulis ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’.
Menurut Firdaus, dia turut melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim.
Malah, pendakwah berusia 39 tahun itu mengakui dia mengalami kemurungan selepas melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki.
Saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda.
Info tambahan, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.