“Art Mende Gini?” – ‘Sweet Table’ Cef Fazley Dipertikai, Netizen Kecam Makanan Dicampak Persis Bagi Ayam Makan

Hiburan

“Art Mende Gini?” – ‘Sweet Table’ Cef Fazley Dipertikai, Netizen Kecam Makanan Dicampak Persis Bagi Ayam Makan

Satu perkongsian video oleh @officialhlive baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob dilihat sedang menghidangkan aneka manisan atau ‘desert‘ kepada pelanggan di restorannya.

Dalam video tersebut, Cef Fazley sedang tekun menyediakan hidangan Sweet Table yang terdiri daripada beberapa manisan dan kek serta sos coklat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Pelanggan yang menunggu ia siap dihidangkan juga terpegun dan teruja dengan gaya penyediaan ‘Sweet Table’ tersebut.

Namun begitu, ruangan komen hantaran video tersebut menerima reaksi yang berbeza apabila ramai yang menganggap cara penyediaan makanan itu seperti tidak beradab dan tidak menghormati rezeki.

Art sweet tableSumber : Instagram  

Konon artistik la tu main campak-campak. Tak selera pun la nak makan.

Kata netizen, pelanggan diibaratkan seperti ayam apabila ‘desert’ tersebut dicampak ke atas meja untuk dimakan.

Macam bagi ayam makan pulak lempar-lempar macam tu.

Dalam pada itu, ada juga yang merasakan ia hanyalah satu bentuk ‘seni’ dalam bidang kulinari dan pelanggan sepatutnya ‘enjoy’ dan menikmati hidangan tanpa perlu berfikir dengan terlalu mendalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pablo pilot
1 year ago

"Ada Yang Ugut Abang Ke? - Dakwa 'Ex-GF' Pilot Terlibat Dadah, Pablo Amirul Mohon Maaf Pada MAS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...