Sebelum ini, pelakon, Diana Danielle mendedahkan perbuatan suaminya, Farid Kamil yang didakwa melakukan penderaan kepada anak perempuan mereka, Nur Aurora sehingga trauma.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Diana mendakwa Farid memarahi dan menghukum anak dengan cara yang agak keterlaluan diatas kesalahan yang kecil.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 31 tahun itu berkata suaminya turut menengking, mengurung, dan membiarkan anak perempuan mereka tidur di atas lantai di dalam sebuah bilik.
Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik itu tak sepatutnya ada kanak-kanak dalam itu. Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai.
Bagaimanapun, kenyataan Diana atau Diana Danielle Danny Beeson itu telah mengundang tanda tanya orang ramai mengenai kandungan di dalam bilik tersebut.
Meninjau di laman Twitter, rata-rata netizen telah meluahkan rasa ingin tahu tentang apa yang dimaksudkan oleh pelakon Imaginur itu.
Bukan itu sahaja, ramai yang turut meneka kandungan di dalam bilik yang dikatakan ‘tidak sesuai’ untuk kehadiran kanak-kanak di dalamnya.
Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang meminta Diana agar menjelaskan semula kenyataan yang dikeluarkan supaya tidak menimbulkan fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.