“Semua Fitnah Yang Direka” – Farid Nafi Kurung Anak, Dakwa Tuduhan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis

Hiburan

“Semua Fitnah Yang Direka” – Farid Nafi Kurung Anak, Dakwa Tuduhan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh isterinya, Diana Danielle mengenai sikap barannya yang menengking dan mengurung anak adalah tidak benar.

Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, kenyataan tersebut turut bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat oleh Diana sebelum ini.

Advertisement

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Farid atau Farid Kamil Zahari melalui hantaran di Instagram Story miliknya.

Assalammualaikum, sebagai makluman ‘umum’ keatas kenyataan Diana Lee Beeson di IG Story. Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memaklumkan dia akan kemukakan semua tuduhan tersebut di Mahkamah.

Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan di perdengar di Mahkamah.

Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya pernah melakukan penderaan kepada anak perempuan mereka, Nur Aurora sehingga menyebabkan kanak-kanak itu trauma sehingga sekarang.

Menerusi hantaran di Insta Story, aktres berusia 32 tahun itu mendakwa Farid telah menengking dan mengurung anaknya di dalam sebuah bilik gara-gara membuat kesalahan memetik pokok cili dari rumah jiran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"2 Hari Tak Berhenti Baran, Aurora Gigil Minta Tolong" - Diana Dakwa Farid 'Naik Hantu' Sampai Kurung & Biar Anak Tidur Atas Lantai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...