Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim ada berkongsi foto bersama madunya, Umisya Mazlan di media sosial Instagram, semalam.
Dalam foto itu, Marissa dilihat mengambil swafoto bersama Umisya dipercayai berada di sebuah restoran.
Meskipun begitu, anak gadis pelakon sensasi itu tidak menjelaskan secara lanjut mengenai hubungan mereka namun Marissa hanya menulis ringkas di foto tersebut.
Segala prasangka perlukan penjelasan kan?
Penjelasan itu seakan memberi jawapan kepada netizen mengenai konfliknya bersama isteri pertama suaminya itu.
Sekadar info, Aslam dan Marissa bernikah di Songkhla pada 27 Disember yang lalu.
Kisah kedua-duanya menjadi tular gara-gara Marissa dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam bersama Misya sehingga bercerai berai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.