Pendakwah selebriti dan juga usahawan, Da’i Syed menerusi satu podcast bersama Caprice berkata dia memohon maaf terhadap individu yang mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan jenayah seksual kira-kira tiga tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat Da’i Syed seikhlas hati sekiranya dia ada melakukan sebarang tindakan yang menyakiti individu itu.
Saya minta maaf kalau saya lakukan kesalahan pada dia. Dengan saya ucapkan saya mohon maaf pada semua. Diri saya dan pada isteri saya, kalau kita lakukan yang menyakiti hati atau sebagainya.
Jadi saya mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam.
Dia yang turut bersama isteri kesayangan, Hana Ismail juga memaklumkan bahawa dia juga telah memaafkan kesemua individu yang menuduhnya sebagai perogol sebelum ini.
Menganggap ia sebagai satu ujian buat dirinya, dia meminta mereka di luar sana untuk hidup dengan tenang.
Apa yang boleh saya beritahu pada dia (individu berkenaan), hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka.
Kalau nak ceritakan yang saya dah maafkan. Saya dah maafkan lebih awal lagi. Saya anggap ini ujian Allah kepada saya untuk memberi cahaya dan jalan lebih baik kepada saya.
Terdahulu, Da’i Syed telah dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta pada Mei 2022.
Manakala pada April 2023, Syed juga telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.