Da’i Syed Tuntut RM1 Juta Kepada Dua Wanita Fitnah Kes Rogol – “Ganti Rugi Gangguan Kesihatan Mental Saya”

Hiburan

Da’i Syed Tuntut RM1 Juta Kepada Dua Wanita Fitnah Kes Rogol – “Ganti Rugi Gangguan Kesihatan Mental Saya”

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dikhabarkan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap dua wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Jelas Syed, pampasan tersebut ialah ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya selain gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah kes rogol tersebut.

Advertisement

dai syed
8 months ago

Isteri Gugur Dianggap Kifarah, Da'i Syed Akan Ambil Tindakan Undang-Undang - "Saya Sangat Trauma Dilabel Perogol"

Pendakwah berusia 28 tahun itu juga turut menuntut agar dua individu terbabit memadam video mengaitkan namanya yang telah dimuat naik di media sosial.

Suami kepada Hana Ismail turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua pihak bagi membuktikan penyesalan dan rasa insaf atas perbuatan fitnah itu.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu hendaklah dipersetujui olehnya terlebih dahulu sebelum ia dimuat naik ke akaun media sosial pihak terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Selain itu, dia turut menuntut aku janji bertulis daripada dua wanita tersebut agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.

Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu.

Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang.

hana syed

Jika dua pihak itu tidak melakukan seperti yang dituntut dalam tempoh tujuh hari, tindakan undang-undang sivil akan diteruskan terhadap mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...