Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi di media sosial mengenai aktiviti senaman yang dilakukannya bagi mengekalkan kesihatan walaupun sibuk dengan kerjaya seni.
Baru-baru ini, penyanyi lagu Purnama Merindu itu memuat naik hantaran video di laman Instagram memaparkan dirinya yang sedang melakukan senaman dengan menggunakan tali ‘Battle Rope’.
“Fokus, semangat & bertenaga macam Afwa” tulis Datuk Siti di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Datuk Siti untuk kekal sihat memandangkan beliau turut memerlukan banyak tenaga untuk melakukan persembahan.
Bagaimanapun, seorang individu telah menegur penyanyi berusia 44 tahun itu untuk memperbanyakkan amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk mengadakan konsert.
Susulan itu, ramai pengguna media sosial telah mempertahankan Datuk Siti dengan mengecam kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut kerana menganggap amal ibadah tidak perlu ditunjuk di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.