“Dah Tua, Dah Buruk Janganlah Hati Pun Busuk Macam Bangkai” – Zarina Zainuddin Bengang Dengan ‘Sherry’?

Hiburan

“Dah Tua, Dah Buruk Janganlah Hati Pun Busuk Macam Bangkai” – Zarina Zainuddin Bengang Dengan ‘Sherry’?

Pelakon Zarina Zainuddin tampil meluahkan rasa berang terhadap netizen yang mempersoalkan tentang tudungnya di Instagram.

Menerusi posting itu, Zarina telah menghantar ‘direct message’ kepada seorang individu yang menggunakan akaun bernama ‘Sherry’.

Advertisement

Napelah awak ni yea dah tua dah buruk tu janganlah hati pun busuk macam bangkai. Antara saya dengan awak, saya dah tentu ada anak syurga saya akan tolong saya masuk ke syurga. Awak belum tentu ya, jadi shut your mouth.”

Berdasarkan kapsyen, Zarina berkata dia sebelum ini tidak mengambil kisah tentang hal orang lain namun dia perlu bersuara apabila netizen mempersoalkan dirinya sering menggayakan tudung jenama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Jelas Zarina, dia perlu bergaya dengan tudung tersebut memandangkan dia merupakan duta tudung jenama AS Legacy itu.

Lebih membuatkannya marah apabila individu tersebut dipercayai bukan pengikutnya di Instagram tetapi hanya ‘stalk’ Zarina semata-mata untuk mengutuk penampilannya.

Bagaimanapun, Zarina difahamkan telah pun memadam ‘posting’ tersebut di Instagram tetapi menurut laporan media, ramai netizen memberikan komen meminta agar Zarina bersabar.

Kata mereka, tidak usahlah Zarina ambil kisah dengan teguran negatif atau kutukan yang dilemparkan sesetengah netizen terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azil zarina zainuddin diserang
2 years ago

(VIDEO)"Semoga Terus Kuat" - Azil Mengamuk Di Dapur, Zarina Zainuddin Kongsi Saat Cemas Diserang Anak Autisme

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...