(VIDEO)”Semoga Terus Kuat” – Azil Mengamuk Di Dapur, Zarina Zainuddin Kongsi Saat Cemas Diserang Anak Autisme

Hiburan

(VIDEO)”Semoga Terus Kuat” – Azil Mengamuk Di Dapur, Zarina Zainuddin Kongsi Saat Cemas Diserang Anak Autisme

Sebut sahaja nama pelakon Zarina Zainuddin, pastinya dia dikenali dengan lakonannya yang mantap dan juga kehadiran dua orang anak Autisme iaitu Azal dan Azil.

Dia yang turut aktif berniaga pulut kuning dan rendang sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya di media sosial Instagram dan TikTok, tidak kiralah mengenai hal keluarga dan juga bisnes yang diusahakan.

Advertisement

Baru-baru ini, satu perkongsiannya di aplikasi TikTok telah mengundang pelbagai reaksi netizen berikutan dia ada berkongsi saat cemas diserang Azil yang menghidap Autisme.

Azil yang bertindak agresif dilihat telah memukul kepala ibunya itu bertubi-tubi.

Situasi cemas itu ternyata telah membuatkan netizen bersimpati dengan nasib Zarina Zainuddin serta ramai yang mendoakan agar aktres itu sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup.

Ada juga yang memuji ketabahan Zarina menghadapi karenah anak-anak syurga tersebut.

“Allah sudah sediakan sesuatu di syurga di atas kesabaran dalam menjaga anak istimewa, dan orang istimewa telah dijanjikan syurga.” komen seorang netizen.

zarina
2 years ago

"Itu Suami Awak Yang Kedua Ke?" - Sering Diaju Soalan Sama, Ini Jawapan Zarina Zainuddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...