“Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak” – Puteri Sarah Bengang Bekas Menantu Kazar Cari Pasal Di Instagram

Hiburan

“Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak” – Puteri Sarah Bengang Bekas Menantu Kazar Cari Pasal Di Instagram

Disangka sudah tenang dengan kehidupan masing-masing, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini tampil meluahkan rasa marah dengan sikap bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazween yang didakwa masih memperkatakan isu perceraiannya bersama bekas suami, Syamsul Yusof.

Kata Sarah, Wiwie didakwa masih menjaja kisah peribadinya di media sosial dan menganggap wanita itu patut bersyukur kerana dia telah menarik saman terhadap Ira Kazar dan juga dua ahli keluarga bekas madunya yang lain.

Advertisement

Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak. Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok dan kami gembira dengan kehidupan sendiri.

Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau ke. Dah tarik saman dah cukup baik. Kau patut bersyukur tetapi tidak. Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.

Berikutan itu, Sarah memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang dan akan membuat laporan kepada majikan Wiwie.

Puteri sarah liyana wiwien

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul telah disahkan bercerai pada 14 Jun lalu setelah bertahun-tahun perkahwinan mereka dilanda ombak disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar yang kini sah menjadi isteri pengarah terkenal tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

iqbal zulkefli
1 year ago

"Apa Dosa, Salah Saya?" - Iqbal Zulkefli 'Down' Kena Sekat Dengan Nad Zainal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...