“Apa Dosa, Salah Saya?” – Iqbal Zulkefli ‘Down’ Kena Sekat Dengan Nad Zainal

Hiburan

“Apa Dosa, Salah Saya?” – Iqbal Zulkefli ‘Down’ Kena Sekat Dengan Nad Zainal

Penyanyi dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli semalam meluahkan perasan sedih apabila mendapati dirinya disekat oleh pelakon Nad Zainal di laman Instagram.

Ujaq Iqbal, dia tidak pasti mengapa Nad Zainal menyekatnya di media sosial kerana tidak pernah berjumpa atau bertegur sapa di media sosial.

Advertisement

Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial.Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram. Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu.

Katanya lagi, mungkin pelakon drama Cina Buta itu ‘semak’ dan tidak suka gara-gara namanya pernah muncul dengan pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu.

Nad Zainal Iqbal ZulkefliSumber : Instagram  

Saya pun kurang pasti mungkin dia (Nad) serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan, saya faham.

Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya down dan tertanya apa salah saya, sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang.

Terdahulu, nama Nad Zainal menjadi bualan ramai apabila beberapa selebriti seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah enggan lagi dikaitkan dengan pelakon itu.

Selain itu, baca artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad Zainal
8 months ago

Peminat Sangka Nad Zainal Menjauh Daripada Kawan Lama Kerana Sudah Bertudung, Ini Jawapan Tuan Badan..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...