Penyanyi Azmi Saat melepaskan nafas lega apabila isterinya, Nazira Muhammad kini tidak lagi mengigau ketika sedang tidur akibat teringat akan anak mereka iaitu Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, Azmi berkata perasaan sedih masih dialami oleh isterinya, namun sekarang ini agak terkawal, kadang kala baik dan ada ketika menangis disebakan menanggung rindu.
Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedihan hati.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan agar isterinya serta dia terus kuat untuk melalui ujian yang diberikan oleh Allah SWT buat mereka.
Penyanyi lagu Tulus ini juga memberitahu bahawa dia merancang untuk menghasilkan lagu istimewa buat arwah anak yang melodinya dihasilkan oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.
Terdahulu, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu kehilangan cahaya matanya tiga hari selepas dilahirkan pada 27 September lalu akibat kegagalan fungsi otak yang dikesan selepas lahir.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.