Selalu Mengigau Dan Menangis Sendirian Rindu Arwah Anak, Azmi Saat Risaukan Isteri

Hiburan

Selalu Mengigau Dan Menangis Sendirian Rindu Arwah Anak, Azmi Saat Risaukan Isteri

Pastinya bukan mudah bagi seseorang itu menghadapi sebuah kehilangan tambahan pula jika ia melibatkan cahaya mata yang telah diimpikan sekian lama.

Azmi Saat Nazira
3 years ago

"Azmi Masih Terkejut, Namun Reda Dengan Pemergian Anak.." - Pengurus Peribadi

Advertisement

Kehilangan cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan ternyata telah meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam buat penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat dan isteri, Naziah Muhammad.

Ujar Azmi, beberapa hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan menghadap Ilahi, isterinya itu berdepan tekanan yang hebat.

Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia. Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri.

Mengakui risau melihatkan keadaan Naziah, Azmi walau bagaimanapun bersyukur kerana Allah telah memudahkan urusan mereka berdua serta emosi isterinya itu juga semakin baik.

Perkembangan terkini, Azmi berkata kini dia sudah kembali bekerja dan cuba untuk melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berpantang.

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa mereka berdua tetap akan berusaha mendapatkan zuriat cahaya mata setelah masing-masing sudah bersedia kelak.

Terdahulu, Azmi berkongsi berita gembira apabila isteri kesayangan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka setelah lebih 10 tahun menunggu.

Namun, kegembiraan itu hadir seketika apabila permata hati mereka itu meninggal dunia setelah tiga hari dilahirkan akibat masalah kegagalan fungsi otak,

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...