Jika anda peminat drama tempatan, pastinya mengenali watak Buntat yang dibawa pelakon cilik Muhammad Ariff Abdullah,17, dalam drama bersiri 7 hari Mencintaiku.
Pernah mencetuskan fenomena, drama tersebut juga telah membawa nama Ariff ke pentas dunia lakonan dan semakin dikenali ramai.
View this post on Instagram
Ariff yang kini menunggu untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan khabarnya sedang berada di kampung halaman dan kini membantu bapanya menjual roti canai di medan selera, Jitra, Kedah.
Tidak lekang dengan senyuman, Ariff juga kini lebih mesra dan selesa ketika diajukan pelbagai seolan mengenai perkembangan dirinya setelah agak lama menyepi daripada dunia hiburan.
Ujarnya, dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan berikutan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini.
Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan COVID-19 saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM. Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff.
Menurutnya, dia terbuka untuk menerima tawaran berlakon namun mungkin perlu seiring dengan usianya yang semakin meningkat dewasa.
Ariff juga pernah muncul dalam filem Jibam yang ditayangkan pada tahun 2017 di mana dia telah membawa watak sebagai seorang kanak-kanak istimewa.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.