Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ada Yang Panggil Saya B***” – Penangan Watak Nurul Dalam ‘7 Hari Mencintaiku 2’, Wafariena Dikecam

wafariena dikecam

Fenomena betul drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ sekarang ini! Sampaikan watak Nurul Ain yang dibawa oleh pendatang baru, Wafariena Roslan mula meniti di bibir orang ramai.

Meskipun menerima kritikan hampir saban hari oleh penonton, namun Wafariena bersyukur dan menganggap perkara tersebut sebagai satu permulaan yang baik.

Advertisement

“Bila saya mendapat kritikan, maknanya watak Nurul berjaya meninggalkan kesan di hati peminat.”

wafariena dikecam

Malahan gadis itu tidak menyangka bahawa nama ‘Nurul’ akan trending di laman sosial Twitter sebanyak beberapa kali, terima kasih kepada para penonton yang terkesan dengan watak dibawanya.

Langsung tidak melenting, Wafariena yang juga merupakan seorang penyanyi malah berasa kelakar apabila membaca kecaman yang dilemparkan kepadanya.

“Sejujurnya, saya puas hati bila kena kecam. Ada yang menghantarkan mesej peribadi (DM) di laman Instagram dan memanggil saya b***.”

Advertisement

wafariena dikecam

Malahan ada juga penonton yang merakam video sendiri menonton ‘7 Hari Mencintaiku 2’ dan apabila sampai sahaja ke babak yang melibatkan Nurul, mereka mengangkat kaki di kaca televisyen sebagai tanda protes.

“Paling lucu, ada wanita berpangkat mak cik bertemu saya di luar dan berpesan kepada saya agar tidak mengikut kehendak Mak Leha untuk mendekatkan diri dengan Khuzairi.”

Jelas Wafariena, apa yang dipaparkannya menerusi watak Nurul itu hanyalah lakonan sahaja dan dia juga yakin peminat dapat membezakan watak antagonis tersebut dengan dirinya sebenar.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    August 7, 2020 at 7:19 pm

    Gebangg

  2. Amor

    August 7, 2020 at 4:12 pm

    Watak x mencabar langsung.publisiti je ni…nk naikkan namalah tu…padahal mak leha pnye watak lagi mencabar dgn pelakon siti saleha..

  3. Amor

    August 7, 2020 at 4:09 pm

    Watak x mencabar pun.elehhh sendiri yg buat cerita kata makcik tu tegur jgn ikut kehendak mak leha…xkan makcik tu bodoh sgt smpai xleh beza belakon ke realiti..ni nak publisiti ar ni…konon nk kata menjadilah wataknya..padahal biasa je watak dia…mak leha dan pelakon nama siti saleha lagi mencabar wataknya…xde plak diorang kecoh dlm media…

  4. Anonymousjugak

    August 7, 2020 at 3:52 pm

    Ye ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top