Melalui tinjauan BeautifulNara di laman Instagram, seorang pengacara popular yang mempunyai syarikat stesen televisyen sendiri didakwa tidak membayar gaji staf.
Sesetengah netizen yang merupakan staf di dalam syarikat terbabit mendakwa bahawa gaji mereka untuk bulan lalu masih tidak dibayar lagi hingga ke hari ini.
Bukan seorang, malah ramai individu yang difahamkan bekerja di bawah syarikat pengacara itu mengalami masalah yang sama iaitu gaji tidak dibayar.
Malah, ada juga ahli keluarga meluahkan rasa kesal terhadap syarikat berkenaan yang mengambil ringan hal ini hingga menyusahkan adik-beradik serta anak-anak mereka.