Dah Rancang Percutian Sejak Enam Bulan Lalu, Datuk Aliff Syukri Sedih Kerana Sering Dikecam Netizen

Hiburan

Dah Rancang Percutian Sejak Enam Bulan Lalu, Datuk Aliff Syukri  Sedih Kerana Sering Dikecam Netizen

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri tampil meluahkan rasa sedih berikutan dirinya sering menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen.

Aliff Syukri
2 years ago

Tayang Gambar Percutian Di IG, Netizen Minta Datuk Aliff Syukri 'Simpan' Dulu

Advertisement

Kata Aliff, dia berasa hairan mengapa dirinya dikutuk dan dikeji gara-gara perkongsiannya bercuti bersama-sama keluarga ke luar negara ketika negara dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Jelasnya, percutian ke Istanbul itu sebenarnya telah dirancang sejak. enam bulan yang lalu sebelum bencana banjir melanda negeri Selangor.

Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan 1 Malaysia mengutuk saya gara-gara percutian saya di luar negara yang dirancang 6 bulan awal sebelum bencana itu.

Ujar Datuk Aliff lagi, dia turut mengalami kerugian ratusan ribu ringgit disebabkan chalet miliknya telah mengalami kerosakan akibat dihanyutkan arus banjir.

Korang tau tak bisnes saya juga terjejas, resort saya rugi ratusan ribu? Saya tak nak share apa yang saya buat, apa yang saya bantu nanti korang cakap riak, menunjuk.

Usahawan tersebut juga enggan lagi berkongsi sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerana bimbang dituduh riak dan menunjuk-nunjuk.

Aliff dalam pada itu memohon doa orang ramai agar urusan perjalanan pulang dia dan keluarga ke tanah air dipermudahkan dan dapat meneruskan urusan penyampaian bantuan kepada mangsa terjejas banjir.

“Walau badan di sini hati dah sampai Malaysia..Doakan perjalanan pulang saya dipermudahkan dan saya dapat menyalurkan bantuan yang tak seberappa ini dibandingkan dengan kemusnahan dan kesedihan mereka.” ujarnya terkilan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...