Tayang Gambar Percutian Di IG, Netizen Minta Datuk Aliff Syukri ‘Simpan’ Dulu

Hiburan

Tayang Gambar Percutian Di IG, Netizen Minta Datuk Aliff Syukri ‘Simpan’ Dulu

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri difahamkan masih bercuti bersama keluarganya di Istanbul, Turki.

Sering memuat naik foto-foto percutian di media sosial Instagram, perkongsian Aliff walau bagaimanapun telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan sesetengah netizen yang merasakan figura tersebut seolah-olah tidak sensitif dengan apa yang terjadi di tanah air.

Advertisement

Komen-komen sindiran warga maya itu boleh dilihat dalam beberapa hantaran foto percutian Aliff Syukri di laman Instagram miliknya.

Antara komen pedas yang ditulis warga maya adalah mengenai sikap kurang prihatin dan tidak sensitif Aliff terhadap rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan bencana alam banjir pada kala ini.

“Negara kita sedang dilanda musibah datuk. Mohon simpan gambar percutian dulu yer.. maaf atas teguran.” komen seorang netizen.

“Waalaikumsalam entahlah awak, saya dah tak boleh fikir umur awak, saya tengah fikir macam mana nak balik rumah saya tengah banjir, baik awak fikir macam mana keadaan di Selangor ni..” tulis warga maya yang lain pula.

Terdahulu, Datuk Aliff Syukri ada memuat naik video pendek yang memaparkan kemusnahan pusat peranginan miliknya iaitu Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Aliff Syukri
1 bulan lalu

Resort Datuk Aliff Syukri Di Janda Baik Hampir Musnah, Perabot Dan Landskap Hanyut Dibawa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 23, 2021 at 8:53 am

    die ni binga doe. pehtu etok2 sedey konon. adoila hai

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...