“Dah Perasan Lama Sebenarnya” – Netizen Dakwa Warna Baju Sedondon Shuib & ‘Watie’ Ada Makna?

Hiburan

“Dah Perasan Lama Sebenarnya” – Netizen Dakwa Warna Baju Sedondon Shuib & ‘Watie’ Ada Makna?

Baru-baru ini, hangat di platform media sosial susulan pelawak, Shuib Sepahtu dan seorang wanita bernama Watie didakwa sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Ia kerana netizen mendakwa mereka berpakaian seakan-akan sedondon semasa menghadiri dua konsert sebelum ini biarpun tidak ada sebarang kesahihan mereka datang bersama-sama.

Advertisement

Melalui perkongsiaan video di TikTok yang sedang tular ini, pengguna tersebut berkongsikan imej Shuib serta Watie ketika hadir ke konsert Anuar Zain dan Ziana Zain pada 6 Ogos lalu dan Konsert Dewa 19 pada Jumaat.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mendakwa pelawa berkenaan mempunyai hubungan akrab dengan usahawan wanita tersebut.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada itu, ada juga yang berkata Shuib kerap kali terlihat meninggalkan tanda suka (like) terhadap foto yang dimuat naik oleh Watie.

Sehingga kini, video yang dimuat oleh pengguna TikTok itu telah meraih lebih 900,000 tontonan dan diikuti dengan lebih 15,000 tanda suka.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Secara Jujurnya Ada.." - Wanita Pilihan Ibu, Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...