“Dah Mula Sunyi La Tu” – Dulu Buang Nama Dari Syarikat, ‘Founder’ Disindir Tiba-Tiba Kongsi Video Bekas Isteri

Trending

“Dah Mula Sunyi La Tu” – Dulu Buang Nama Dari Syarikat, ‘Founder’ Disindir Tiba-Tiba Kongsi Video Bekas Isteri

Bagi anda yang tidak tahu, mereka berdua pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia kira-kira setahun yang lalu ketika masih berstatus suami isteri.

Tular di media sosial selepas seorang ‘founder’ kecantikan bernama Nuramirah berkongsi dia dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri selepas sama-sama membangunkan jenama tersebut.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, Nuramirah disahkan bercerai dengan suaminya, El Azman yang merupakan pemilik jenama pakaian Elrah.

Selepas sekian lama, nama bekas suami Nuramirah sekali lagi menjadi sebutan selepas tular di media sosial satu video yang dimuat naik olehnya sendiri.

El Azman telah berkongsi rakaman video Nuramirah di aplikasi TikTok dan menunjukkan dirinya memberikan ‘gift‘ kepada bekas isterinya itu.

Bukan itu saja, latar belakang video dikongsikan El Azman pula merupakan audio suara seorang lelaki bertanyakan tentang keadaan insan tersayang.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi berbeza daripada pengikutnya serta pengguna TikTok lain terutamanya mereka yang mengikuti kisah El Azman serta Nuramirah dulu.

Ada yang mendoakan yang terbaik namun ramai yang memerli El Azman kerana kembali mendapatkan perhatian bekas isteri.

Segelintir individu berpendapat bahawa video itu merupakan salah satu marketing strategy dan menyindir El Azman kerana tiba-tiba mencari perhatian orang ramai dengan video sebegitu.

Beberapa netizen memberitahu El Azman bahawa bekas isterinya sudah lama ‘move on’ kerana Nuramirah sebelum ini berkali-kali berkongsi video menunjukkan dia bersama seorang lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai" - Individu Dedah Cara 'Founder' Kosmetik Tipu Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...