“Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai” – Individu Dedah Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen

Gaya Hidup

“Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai” – Individu Dedah Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen

Kebanyakan founder produk kosmetik dan kecantikan di Malaysia ini mengamalkan gaya hidup mewah dan selalu tayang kemewahan mereka di media sosial.

Namun, tanpa ramai ketahui bermegah dan menunjukkan kekayaan kepada dunia luar itu adalah salah satu cara mereka untuk ‘menipu’ orang.

Advertisement

Seorang individu telah tampil dan mendedahkan cara sesetengah pengasas kosmetik terkenal gunakan untuk tarik agent dan pelanggan.

Individu yang tidak mahu namanya dikenali itu turut menyeru rakyat Malaysia untuk unfollow semua pengasas kosmetik dan tidak memberikan mereka perhatian yang dimahukan.

Kata individu ini, mereka tayangkan kemewahan untuk memperdaya netizen yang hidup susah dan sedang memerlukan wang ringgit supaya menjadi agent.

Kau nak tahu macam mana dia jadi jutawan sedangkan produk dia tak pernah pun nampak orang pakai? Tak pernah nampak pulak dijual dekat pasar raya? Sebab AGENT IALAH PELANGGAN FOUNDER.”

 

Beli timbang kilo, letak sticker jenama

Berikut adalah perkongsian lanjut individu itu:

  • Founder beli produk timbang kilo. Tampal sticker jenama mereka dan jual secara pukal kepada agent
  • Agent menggunakan wang berpuluh ribu untuk membeli stok daripada founder
  • Produk tidak terkenal, tidak berkesan dan tiada yang membeli menyebabkan agent terpaksa tanggung kerugian
  • Founder sudah dapat semua wang kerana semua stok sudah terjual secara pukal kepada agent

 

 

Salahkan agent tak reti buat ‘marketing’

Jelasnya lagi, mereka akan salahkan agent kerana tidak tahu membuat ‘marketing‘ yang bagus untuk menjuak produk. Jadi founder akan menyuruh agent sertai kelas pemasaran dan mereka perlu mengeluarkan duit sekali lagi untuk membayar yuran itu pula.

Keluar lagi duit beribu nak bayar kelas marketing dia yang sebenarnya haram apa pun tak berguna. Lepas tu ulang balik kitaran di atas tu.”

Mengakhiri perkongsiannya, individu ini berharap agar orang Melayu tidak tertipu dengan helah kebanyakan pengasas kosmetik yang menggunakan cara ini untuk menjadi kaya raya dan ‘claim‘ produk mereka habis terjual.

Dia juga berpesan kepada orang lain yang menjadi pelanggan supaya tidak membeli kosmetik jenama pelik-pelik untuk digunakan setiap hari.

Sebaliknya, beli saja kosmetik atau produk penjagaan wajah yang dijual di farmasi seperti Watsons dan Guardian kerana lebih murah dan selamat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

twitter
5 bulan lalu

“LHDN Tolong Siasat” - Founder Inai Popular Didakwa Cuba Lari Dari Cukai, Stokis Dipaksa Bayar Stok RM70k ‘Cash’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. Anonymous

    August 18, 2022 at 8:35 am

    Taktik yg sama mcm MLM tapi skrg kebanyakan founder semua guna. Kalau produk bagus, takpe lagi. Tp kalau produk sampah, semua dh kena scam!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini