Pelakon jelita, Rita Rudaini mengakui dia tidak terasa hati apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin dikatakan seiras benar dengan bekas suami, Aidil Zafuan oleh netizen.
Rita Rudaini,46, berkata bahawa ramai peminat menegur wajah Rayyan seperti pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) setelah memotong rambut dengan gaya pendek baru-baru ini.
View this post on Instagram
Ujar Rita lagi, pada mulanya anaknya itu ingin membotakkan kepala namun dihalang kerana mahu Rayyan tampil dengan rambut pendek yang lebih kemas.
Dalam pada itu, Rita memberitahu bahawa dia tidak pernah terasa hati apabila membaca komen netizen yang mengatakan wajah Rayyan mirip bapa kandungnya.
Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan Rayyan yang mengikuti jejak langkah bapanya sebagai ahli sukan.
Terdahulu, Rita dan bekas suami, Aidil telah bernikah pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.