“Nak Sangat Mati Kot..”- ‘Edit’ Foto Hitam Putih Seperti Ucapan Takziah, Ryzal DurianKimchi Dikecam Netizen

Hiburan

“Nak Sangat Mati Kot..”- ‘Edit’ Foto Hitam Putih Seperti Ucapan Takziah, Ryzal DurianKimchi Dikecam Netizen

Sekali lagi mencetuskan kontroversi, Ryzal Ibrahim yang terkenal menerusi saluran Youtuber DurianKimchi bersama isterinya, Maryam Younarae ada memuat naik foto yang didakwa tidak sensitif oleh sebilangan netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang dimuat naik sempena Pilihan Raya Umum yang ke-15 hari ini, Ryzal telah dilihat menyunting fotonya dalam hitam putih seperti ‘foto belansungkawa’ orang meninggal dunia.

Advertisement

Dalam foto tersebut, Ryzal mengucapkan selamat mengundi dalam bahasa jawi dan menulis bahawa dia meninggalkan dunia sosial untuk keluar mengundi sambil disertakan fotonya dalam rona hitam putih.

Simbolik foto itu kebiasaannya hanya dimuat naik jika seseorang yang tersayang atau figura terkenal meninggal dunia, hantaran tersebut ternyata telah mencetuskan perdebatan dan kritikan dalam kalangan netizen.

Tulis kebanyakan netizen, Ryzal dianggap sebagai tidak sensitif dan tidak perlu membuat lawak seperti itu.

Saya hormat dan suka content bro tapi kali ini rasanya tak kelakar, ini soal sensitiviti bukan soal baca sampai abis.

Namun begitu, ada juga yang menganggap netizen yang menghentam Ryzal mengenai hantaran itu sebagai ‘tidak tahu membaca’ dan tidak boleh menerima lawak yang sedikit ‘berlainan’ daripada pensohor media sosial itu.

Kenapa nak sensitif sangat. Aku ok je baca sampai habis tak rasa offended atau rasa dia melawak pun. Apolahhh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selebriti mengundi pru15
1 year ago

(FOTO) IG Penuh Selfie Jari Berdakwat, Ini Antara Artis Tunjuk Bukti Dah Keluar Mengundi!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...