Sedia maklum, sepanjang tempoh Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan, ibu bapa terpaksa membeli telefon pintar atau tablet buat anak-anak untuk kemudahan mengikuti kelas atas talian.
Namun, menerusi perkongsian seorang pengguna di Facebook baru-baru ini, beliau ada memuat naik beberapa keping gambar memaparkan WhatsApp seorang murid darjah dua selepas telefon bimbitnya dirampas.
Apa yang mengejutkan serta membuka mata wanita itu untuk sentiasa memantau penggunaan anak-anak dengan telefon pintar adalah isi kandungan di dalam telefon itu sendiri.
Menurut pengguna Facebook itu, budak ini merupakan murid yang senyap ketika PdPR dijalankan tetapi rancak berbual dengan kekasih hati melalui aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa memeriksa telefon pintar anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.
Menerima pelbagai reaksi dari warganet, wanita itu tampil memberi penjelasan bahawa niatnya bukan untuk memalukan murid berkenaan tetapi sekadar peringatan buat ibu bapa diluar untuk sentiasa peka dan pantau penggunaan anak-anak dengan telefon pintar.
Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan pengguna tersebut merupakan guru buat pelajar berkenaan ataupun hanya seseorang yang menulis dari pengalaman orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.