“Dah Makan, ‘Move On’..”- Zul Arrifin Anggap Kecaman Seperti Sarapan Pagi

Hiburan

“Dah Makan, ‘Move On’..”- Zul Arrifin Anggap Kecaman Seperti Sarapan Pagi

Pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin berkata kecaman yang diterimanya seolah-olah seperti memakan sarapan pagi dan bukanlah isu yang sangat besar untuk dirisaukan.

Dia yang sebelum ini dikritik kerana begitu terbuka beraksi mendukung seorang wanita berkata apa yang dilakukan hanyalah sekadar lakonan bagi mempromosikan produk.

Advertisement

Katanya lagi, dia tidak pernah merancang untuk melakukan semua itu dan hanya melaksanakan tugas yang diberi.

Tak rancang pun semua tu. Apabila sesi penggambaran, saya hanya buat kerja saya. Apabila ia menjadi viral saya diamkan sahaja.

Kritikan bagaikan sarapan pagi buat saya, makan je la, kemudian move on.

Terdahulu, netizen tampil mengkritik tindakan Zul yang didakwa terlebih mesra dan romantik ketika mendukung seorang wanita bertudung dalam sebuah video iklan produk.

Rata-rata warga maya menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai keterlaluan dan kurang manis untuk dipaparkan secara umum di media sosial.

Malah, ada yang kecewa dengan Pelakon Terbaik Filem FFM31 apabila ada merasakan kualiti iklan sebegitu tidak sesuai dengan taraf aktor berkenaan yang dikatakan mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun bagi pelakon filem Sangkar itu, dia cukup memahami dengan permainan dunia hiburan.

“Ini adalah show business dan orang akan beri perhatian lebih. Semua orang nak tahu apa berlaku. Saya tak boleh nak kawal semua itu. Apa yang penting hanya buat kerja saya.” jelas Zul lagi.

Zul ariffin dikecam netizen video produk bengkung
11 bulan lalu

Video Jual Bengkung Dikecam, Netizen 'Geli' Tonton Aksi Zul Ariffin Dukung Wanita Bertudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...