Video Jual Bengkung Dikecam, Netizen ‘Geli’ Tonton Aksi Zul Ariffin Dukung Wanita Bertudung

Hiburan

Video Jual Bengkung Dikecam, Netizen ‘Geli’ Tonton Aksi Zul Ariffin Dukung Wanita Bertudung

Video iklan yang dikongsikan oleh pelakon popular, Zul Ariffin bersama seorang wanita di Instagramnya baru-baru ini terima kecaman hebat dari netizen.

Kebanyakkannya berasa kurang senang dengan aksi yang dilakukan oleh aktor tersebut seperti berpegang tangan, berpelukan dan mendukung bersama wanita yang membawa imej bertudung itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Difahamkan, Zul membawa watak sebagai pasangan kekasih untuk wanita terbabit bagi mempromosikan produk bengkung edisi Zul Ariffin.

Biarpun ianya untuk mempromosikan produk, video tersebut menerima kritikan dari segelintir netizen yang merasakan tidak manis untuk mereka melakukan aksi-aksi sebegitu serta menganggap iklan sedemikian tidak sesuai dengan standard pelakon filem Sangkar itu.

Komen IG Zul AriffinSumber : Instagram 

Sekadar info, sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih 100,000 tontonan daripada peminat serta pengguna Instagram.

Janna Nick dan Dini Schatzmann dikecam
2022-01-04 13:10:54

"Memang Sweet Tapi Haram.." Kongsi Video 'Berpeluk' Dengan Teman Lelaki, Janna Nick Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar