Satu pendedahan di media sosial semalam telah menarik perhatian netizen berikutan tindakan lelaki yang mendawa boleh menyembuhkan penyakit kanser hanya dengan menggunakan lampu laser.
Individu yang dikenali sebagai Master Hadzrin itu dilihat sedang merawat salah seorang pesakitnya yang menghidap kanser paru-paru menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh lelaki ini di Twitter.
Kepala hotak kau lah membuka cakra dan bina sel baru. Kau ingat kau seguru dengan Dr Strange ke main buka buka cakra. Aih nak marah betul aku orang bodoh gini lah. pic.twitter.com/C5VJE27q8I
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 21, 2022
Dakwa Master itu lagi, pesakitnya itu dikatakan telah sembuh seperti sedia kala setelah melakukan rawatan lampu laser ala ‘light saber’ itu.
Malah alat yang digunakan untuk merawat ‘pesakit’ itu turut dijual dengan harga RM1,200 setiao satu.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen memberikan respon tidak percaya dan mempersoalkan kredibiliti Master Hadzrin yang mendakwa dirinya boleh menyembuhkan penyakit kanser.
Macam mana dia tahu dah tak ada kanser? Tengok dekat mana? Ada ambil CEA ke? Run kat mana? Buat CTTAP ke?
Selain itu, netizen juga meluahkan rasa simpati kepada mereka yang telah membeli alat itu yang terang-terang menipu terutama golongan warga emas.