(VIDEO)“Demo Kecek Kelate?” – Mat Saleh Mahir Pelbagai Bahasa ‘Tewas’ Dengan Wanita Ini, Tak Reti Bahasa Melayu

Kehidupan

(VIDEO)“Demo Kecek Kelate?” – Mat Saleh Mahir Pelbagai Bahasa ‘Tewas’ Dengan Wanita Ini, Tak Reti Bahasa Melayu

Seorang pemuda dari Belanda bernama Wouter Corduwener menjadi tular dan terkenal berikutan kelebihannya menguasai lebih 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia.

Wouter juga gemar membuat video di mana dia akan bertemu orang awam dan bersembang mengikut bahasa rasmi yang mereka gunakan.

Advertisement

Seperti dalam sebuah video TikTok ini, Wouter ada membuat satu ‘challenge’ di mana dia akan memberi ganjaran sebanyak 20 Euro kepada mana-mana orang yang bercakap dengannya dalam bahasa yang dia tidak tahu.

Dalam video tersebut, dia telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia namun yang lebih membuatkan video itu menarik adalah pada akhirnya Wouter gagal dalam cabaran yang dilakukannya sendiri.

Ini kerana wanita itu bercakap bahasa Melayu tetapi dalam dialek Kelantan sekaligus membuatkan Wouter gagal memahami apa yang diucapkan oleh wanita itu.

Wouter kemudiannya menunaikan janji dan memberi wang ganjaran sebanyak 20 Euro kepada wanita itu.

Katanya, mereka bercakap dalam dua bahasa berbeza di mana dia menggunakan bahasa Indonesia manakala wanita itu menggunakan bahasa Melayu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kebolehan lelaki itu yang pandai bercakap pelbagai bahasa dari seluruh pelusuk dunia.

Manakala menurut netizen, Wouter ada memuat naik video-video lain yang menunjukkan dia bertemu dengan pelancong Malaysia dan tewas dengan bahasa kebangsaan kita.

ceo tertipu parkir kancil
2 years ago

"I Feel You Sir.." - Cari Parkir Tapi kena 'Scam' Dengan Kereta Kancil, CEO Mat Saleh Ini Naik Geram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...