Selepas pelakon Daiyan Trisha dan penyanyi, Wani Kayrie disahkan positif Covid-19, kini giliran pelakon senior, Rashidi Ishak pula mengesahkan dirinya dijangkiti wabak tersebut.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rashidi mengesahkan bahawa dia dijangkiti Covid-19 selepas mengalami gejala demam dan sakit badan sejak dua hari lalu.
Rashidi, 48, berkata dia sudah membuat ujian calitan Covid-19 apabila pihak produksi menhentikan penggambaran kerana terdapat kes positif di set. Ketika itu, keputusannya negatif.
Lepas dua hari saya tiba-tiba demam teruk dan badan sakit, maka saya maklumkan pada pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat ujian calitan.
Menurut pelakon Mami Jarum itu, selepas ujian calitan kali kedua dilakukan, doktor akhirnya mengesahkan bahawa dia telah pun dijangkiti wabak maut tersebut.
Pihak penerbit hantar di rumah bekalan makanan dan juga oximeter (alat pengukur oksigen) supaya boleh pantau bacaan oksigen.
Rashidi memberitahu sakit akibat dijangkiti Covid-19 bukanlah sakit biasa walaupun selepas seseorang itu telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Terdahulu, sebelum Rashidi, dua lagi selebriti lain turut mengesahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 iaitu Daiyan Trisha pada 4 Disember lalu serta penyanyi, Wani Kayrie sehari kemudian.
Anngery
December 8, 2021 at 11:59 am
memangla vaksin tu takde maknenye…kalau kt luar negara dah start kena ambik booster tiap 3 bulan la..6 bulan la..eh ehh…mcm korang tau je antibodi setiap manusia ni mcm mane kan..ini dah bukan namanye ikhtiar kalau dah kate boleh kena jangkitan sama mcm x vekcn..betulla geng2 prosafe antiV tu berkate..dahla tu on top of that, ade jugak terkesan dgn vekcn sampai meninggal la ape la..tp kkm ckp oohh tu sbb dia sakit sekian dan sekian..habis kalau x ambik takdela cepat nor meninggal..aku x paham kenapa rakyat mesia masih x nampak permainan dia ni..luar negara berduyun2 org buat protes..tp tak masuk la news mesia ni..sbb nnti org xmau bakcn plak..booster la utk variant2 yg dicipta seterusnya..nyampah!