Didie Alias mengakui tidak berniat untuk membuka aib mahu pun memburuk-burukkan kawan baiknya, Enot menerusi program Melodi baru-baru ini.
Kata Didie, ia lebih kepada luahan hatinya selepas Enot memulakan kehidupan barunya dan tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur sejak November 2021.
Sudah lama saya simpan apa yang saya rasa sebab selama ini ramai bertanya tentang Enot. Saya pun tak boleh nak beri jawapan sebab saya tidak tahu keadaan dia.”
Tambah Didie, dia berharap Enot mendengar semula temu bual itu dengan lebih teliti dan faham apa yang dimaksudkannya.
Hanya mampu doa dari jauh
Dia turut akui sudah bersedia untuk mendengar penjelasan Enot selepas sahabatnya itu turut membuat satu kenyataan agar Didie berfikir mengapa dia menjauhkan diri.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak berjumpa dengan Enot buat masa sekarang kerana tidak mahu memburukkan keadaan dan akui berasa gagal menjadi seorang kakak kepada kawan yang sudah dianggap sebagai adik itu.
Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah. Itu pilihan dia sekarang, saya hanya mampu berdoa dari jauh.”
Sementara itu, Didie juga kecewa apabila melihat Enot sangat terbuka menayang kemesraannya bersama kekasihnya yang juga merupakan seorang wanita.