“Cakap Tak Serupa Bikin, Cara Halus Tanam Kawan Hidup-Hidup” – ‘Posting’ Kesal Raih Perhatian, Enot Tuju Pada Siapa?

Hiburan

“Cakap Tak Serupa Bikin, Cara Halus Tanam Kawan Hidup-Hidup” – ‘Posting’ Kesal Raih Perhatian, Enot Tuju Pada Siapa?

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelawak serta pelakon, Enot ada memuat naik hantaran di TikTok seolah-olah menujukan ia kepada seseorang.

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, Enot enggan memperbesarkan keadaan kerana dirinya tidak suka jika bergaduh dan akan simpan semua aib individu tersebut elok-elok.

Advertisement

tiktok enot

Kerana tidak mahu bermusuh, wanita itu pilih untuk diam diri tetapi kata-kata individu terbabit baru-baru ini seperti menampakkan dirinya saja betul.

Gali lagi dalam apa yang kau buat dekat aku sampai aku jauh hati macam ni.

Pelakon itu tidak dapat menerima dengan kata-kata individu tersebut dan meminta agar dia cermin dirinya semula hal apa yang sudah dilakukan hingga pelawak ini menjauhkan diri.

Enot turut berkata dirinya menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT dan hanya Dia yang tahu isi hati pelawak itu seperti apa.

didie alias menangis
2023-08-07 08:51:39

"Bahagia Dekat Dunia Je.." - Rakan Pelawak 'Kahwin' Dengan Pengkid, Didie Alias Tak Dapat Tahan Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok