Menghitung hari detik untuk naik pelamin, pelakon popular Uqasha Senrose kini diselembungi dengan perasaan bimbang jika berat badan naik mendadak ekoran gemar menikmati makanan ringan ketika ini.
Bagaimanapun, menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia sudah lama teringin untuk mencuba manisan yang dijual oleh peniaga-peniaga dalam talian, namun niatnya itu terganggu kerana bimbang kondisi berat badannya yang susah untuk diturunkan.
Sebenarnya dah lama dah craving (mengidam) nak makan benda ni, tapi duk fikir-fikir takut naik badan. Sudahlah tak berapa lama dah kan (tarikh nikah), nak turunkan berat badan susah pula kan.
View this post on Instagram
Aktres jelita itu berkongsikan perkara itu di Instagram Storynya baru-baru ini dan turut berjanji untuk tidak makan lebih dari dua sudu sehari serta hanya ingin melepaskan keinginan yang tertahan selama ini sahaja.
Sehingga kini, baik Uqasha mahupun Kamal, masing-masing belum mengumumkan sebarang tarikh untuk melangsungkan pernikahan mereka.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.