Dah Kerja Keras Sepanjang 2017? Hadiahkan Diri Sendiri “Something Special” Sebagai Ganjaran

Hiburan

Dah Kerja Keras Sepanjang 2017? Hadiahkan Diri Sendiri “Something Special” Sebagai Ganjaran

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi. Tak lama lagi tahun 2018 pula akan menjelma tiba. Pantas sungguh masa berlalu kan?

Advertisement

Tak kira pekerjaan anda di dalam bidang apa, Abang Nara percaya bahawa pembaca BeautifulNara sepanjang tahun ini telah bekerja dengan rajin, menjadi seorang pekerja yang berhemah, banyak membantu boss, datang kerja on time dan sanggup “overtime” untuk pastikan kerja setel.

Jadi sebagai penutup tahun 2017 ini, Abang Nara nak ajak anda semua menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Ini adalah sebagai ganjaran kita bekerja keras selama 365 hari. Setahun sekali manjakan diri apa salahnya kan? Anda tak perlu pening kepala fikir nak beli apa, boleh pilih salah satu daripada 5 hadiah “special” yang Abang Nara senaraikan di bawah ini:-

1. Sony Playstation 4

Sekiranya anda seorang ‘gamer’, tiada hadiah yang lebih best daripada Sony Playstation 4. Hujung tahun biasanya kita akan mengambil cuti panjang untuk habiskan cuti tahunan. Bayangkan betapa indahnya cuti anda apabila dihabiskan dengan bermain pelbagai game PS4. Jika anda masih belum bekeluarga. hadiah ini adalah sangat sesuai untuk anda.

2. Smartphone baru

Oppo F5, salah satu smartphone yang cukup berbaloi untuk dimiliki

Apa kata anda mulakan tahun baru 2018 kelak dengan sebuah smartphone serba baru? Lebih mudah untuk merancang jadual kerja, lagi senang nak baca benda-benda ilmiah di Internet, nak ber’selfie’ pun lebih seronok. Macam-macamlah yang boleh dibuat dengan smartphone baru. Salah satu smartphone yang Abang Nara cadangkan ialah Oppo F5. Harganya amat berbaloi-baloi dengan kualiti yang diberi. Boleh baca lebih lanjut di sini.

3. Set edisi terhad SK-II “Change Destiny”

Salah satu azam tahun 2018 Abang Nara kelak ialah untuk menjaga wajah dengan lebih rapi. Sebab itulah Abang Nara bercadang nak menghadiahkan diri sendiri botol edisi terhad SK-II iaitu SK-II Facial Treatment Essence – Change Destiny Limited Edition.

Dengan 3 mantra unik Change Destiny iaitu “Be the Person You DECIDE To Be”, “CHANGE is in All of Us”, “DESTINY is a Matter of Choice” tertera pada botol-botol edisi terhadi ini, setiap pagi ketika nak basuh muka pasti Abang Nara akan rasa lebih bersemangat untuk mengharungi hari tersebut. Hari last jualan botol edisi terhad ini adalah pada 31 Disember nanti. Abang Nara tengah confuse nak pilih salah satu daripada set di bawah. Semuanya pun best-best.

1. Set SK-II Skin Revitalizing

2. Set SK-II Radiant Aura

3. Set SK-II Youthful Beauty

Selepas memiliki Botol Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence ini, jangan lupa untuk berkongsi “statement” anda di laman sosial menerusi hastag #ChangeDestiny dan juga #YourStatementYourBottle. Maklumat lanjut layari http://www.sk-ii.com.my/

P.S: Edisi terhad botol SK-II Facial Treatment Essence – Change Destiny Limited Edition ini juga sesuai untuk korang hadiahkan kepada isteri tercinta sebagai tanda penghargaan kerja kerasnya menguruskan rumahtangga sepanjang tahun 2017. Bos-bos pun boleh juga belikan untuk anak-anak buah yang menunjukkan prestasi bagus. Abang Nara yakin mereka akan rasa amat dihargai apabila menerima set edisi terhad SK-II ini.

4. Sepasang kasut baru

Selama setahun berulang-alik ke tempat kerja, sudah pasti kasut yang anda gunakan sudah tidak begitu selesa untuk digunakan. Kualiti kasut amat penting lebih-lebih lagi sekiranya pekerjaan anda memerlukan banyak pergerakan. Kasut yang dah lama boleh menyebabkan terseliuh kaki, sakit pinggang, putus urat, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi. Jadi untuk mengelakkan semua itu daripada terjadi pada tahun 2018, anda perlu hadiahkan diri anda sepasang kasut baru. Barulah bila berjalan pun rasa lebih yakin. Tak gitu?

5. Percutian hujung tahun

Dan sesungguhnya hadiah yang paling best untuk mengakhiri tahun 2017 ini ialah pergi bercuti untuk menenangkan minda, merehatkan badan dan me”recharge” kembali tenaga kita bagi menghadapi tahun 2018. Kalau ada bajet lebih, boleh pergi overseas. Tapi kalau bajet biasa-biasa, bercuti dalam Malaysia pun dah seronok. Yang penting masa bercuti itu kena betul-betul bercuti. Jangan buat sebarang kerja. Rehat secukupnya. Pasti anda akan rasa lebih bersemangat, bertenaga dan penuh dengan idea baru untuk diapplikasikan di pejabat selepas percutian tersebut.

Jadi macam mana? Mana satu hadiah pilihan anda sebagai ganjaran buat diri sendiri yang sudah bekerja keras sepanjang tahun 2017. Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...