“Dah Kenapa Leher Tu..” Peminat ‘Prihatin’ Foto Leher Jinjang Uqasha Di IG

Hiburan

“Dah Kenapa Leher Tu..” Peminat ‘Prihatin’ Foto Leher Jinjang Uqasha Di IG

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila foto terbaru yang dimuat naik aktres itu kelihatan luar biasa seolah-olah disunting secara berlebihan di bahagian leher.

Foto tersebut difahamkan telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya di mana dia dilihat hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 malam tadi.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian peminat adalah saiz leher yang didakwa netizen kelihatan agak pelik dan ‘terlebih’ jinjang.

Ia sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada busana yang digayakan pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tidak sesuai atau Uqasha telah menyunting foto secara berlebihan.

Terpanggil dengan kritikan netizen, Uqasha kemudian tampil memberi jawapan balas dan bertegas bahawa dia tidak mengubah atau menyunting foto terutamanya di bahagian leher.

“Sudah memang leher saya begitu. Hendak panjangkan leher macam mana?” balas Uqasha.

Advertisement

Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji kecantikan bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli ini yang tidak ubah seperti patung Barbie.

Terdahulu, Uqasha pernah menuai komen daripada netizen susulan tindakannya menyunting foto di bahagian pinggul agar kelihatan lebih ‘montok’ berbanding asal.

Uqasha Senrose
4 minggu lalu

Serik Dituduh Tidak Membantu Peniaga Kecil, Uqasha Senrose Terkilan Sikap Peniaga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. ?

    November 15, 2021 at 2:00 pm

    die ne mcm x pcya diri.. die x percaya kh klu die cantik? mmg x cantik, cantik makeup je!! hahahahahahah!!!!

  2. Anonymous

    November 15, 2021 at 9:48 am

    uqaha ni mcm insecure
    serba serbi nk edit
    dh elok kan, xyah laa nk adjust2 lg

  3. Anonymous

    November 15, 2021 at 9:13 am

    Hahahhahaha. Nitizen pun x kan x knal uqasha ni. Uqasha & edit x dapat dipisahkan bagai ombak dan pantai, bagai rita dan kebodohan. Gambar2 yg nk diupload haruslah di edit dulu sbb tuan badan x seindah apa yg ingin digambarkan. Biasela retis murah lg kayu, indah khabar dr rupe.

    • Anon

      November 15, 2021 at 10:54 am

      Ni baru betul Photoshock.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...