“Dah Kantoi Dia Buat Buat Sembahyang” – Pekin Ibrahim Belasah Kru Produksi, Intai Pelakon Wanita Di ‘Homestay’

Hiburan

“Dah Kantoi Dia Buat Buat Sembahyang” – Pekin Ibrahim Belasah Kru Produksi, Intai Pelakon Wanita Di ‘Homestay’

Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim akui telah membelasah seorang kru produksi gara-gara melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang aktres.

Mengimbau kembali, Pekin berkata dia hilang sabar dengan sikap kru terbabit yang mengintai pelakon wanita lima tahun lalu ketika di lokasi penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah.

Advertisement

Dia menyedari tentang insiden itu selepas diberitahu oleh mangsa iaitu Sara Daewoo kepada rakannya yang kebetulan berada bersamanya.

Kata suami Mona Allen itu, kerana terlalu geram dengan sikap kurang ajar kru berkenaan, dia bertindak membelasah lelaki tersebut.

Sara berada di homestay wanita, jarak lebih kurang 40 minit dari lokasi. Kami sudah separuh perjalanan dan berpatah balik.

pekin

 Saya hilang sabar, saya bantai budak tu. Bila kantoi dia buat buat sembahyang. Budak itu intai sambil rekod video.

Pekin kemudian menghubungi pengarah dan kru itu kemudian dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan malah namanya juga turut digugurkan daripada penggambaran filem tersebut.

Ujar Pekin lagi, sejak menjadi pelakon pada 2002 itu kali pertama dia berdepan dengan kes gangguan seksual di lokasi penggambaran.

sarimah ibrahim
8 months ago

"Pegang Pegang Dada, Raba Badan" - Sarimah Ibrahim Kena Gangguan Seksual Oleh Kru, Pengarah Suruh Pakai Seksi Dalam Bilik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...