Baru-baru ini, nama usahawan serta pempegaruh, Asyalliee Ahmad telah menjadi perbualan orang di laman TikTok gara-gara membuat pengumuman mengejut akan bubarkan sistem agent untuk perniagaannya.
Oleh kerana itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengumuman yang dilakukan oleh usahawan berkenaan kerana dianggap langsung tidak menghargai mereka yang sudah lama menjadi agent jenama tudungnya iaitu Asyalliee Scarves.
Menerusi sedutan video live yang sedang tular di TikTok itu, Asyalliee turut memberitahu agent untuk produk penjagaan kulit juga akan dibubarkan olehnya.
Sememangnya keputusan yang dilakukan oleh wanita berkenaan telah menaikkan ‘darah’ ramai pihak serta mendakwa Asyalliee langsung tidak berbincang dahulu dengan agent yang lain sebelum membuat sebarang keputusan.
Dia tak kesian ke dengan agent-agent master stokis dia yang lama?
Bukan itu saja, ramai juga merasakan kekayaan yang dimiliki oleh usahawan tersebut sekarang ini adalah hasil sokongan stokis serta agent-agent yang gigih menaikkan nama produknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.