“Dah Cerai Kan? Jangan Kacau View Chin & Mira!” – Ah Moi Bengang Disuruh ‘Move On’

Trending

“Dah Cerai Kan? Jangan Kacau View Chin & Mira!” – Ah Moi Bengang Disuruh ‘Move On’

Isteri kepada TikToker terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi meluahkan rasa berang apabila terdapat sesetengah pihak yang mendakwa kemelut rumah tangga yang dialaminya hanya sekadar marketing semata-mata.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ah Moi mendedahkan ada juga netizen yang memintanya untuk sertakan bukti berkaitan dakwaan mengatakan suaminya mempunyai hubungan terlarang bersama pekerja, Amirah Aqilah.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pempengaruh media sosial itu turut disuruh untuk move on dan tidak lagi menggangu kehidupan View Chin dan Mira memandangkan mereka sudahpun bercerai tahun lalu.

Semua bukti itu akan ditunjuk dekat court nanti, so lawyer cakap jangan post lagi di social media.

Siapa yang kacau saya dan anak-anak dulu?! Biadap betul. Saya akan take legal action kepada dia dua orang.

Tambahnya lagi, dia akan mengambil tindakan undang-undang sebagai cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Saya diam bukan maksud saya lemah tau! Staff saya kiss boss dia ini kira marketing ke? Saya tak akan buat marketing dengan cara ni ok!

Dalam pada itu, Ah Moi memaklumkan bahawa dia kini sedang dalam proses untuk mengasingkan syarikatnya dengan View Chin termasuk pekerja-pekerja mereka.

Walau bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata dia masih membenarkan anak-anak untuk berjumpa dengan bekas suami.

Dia tetap ayah kepada anak-anak saya, anak-anak saya rindu ayah dia. Apa masalah dewasa bagi kita sendiri settle.

Malah, Ah Moi berkata dia akan terus bangkit dan meneruskan kehidupan demi anak-anak dan akan memberi fokus kepada kerjayanya.

Everything sudah pass kepada lawyer saya settle. Sekarang bagi saya settle hidup saya dulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ahmoi
2 years ago

"Saya Bakal Jadi Duta Produk" - Dilamar Syarikat Kecantikan, Isteri View Chin Tekad Mulakan Kerjaya Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...