“Saya Bakal Jadi Duta Produk” – Dilamar Syarikat Kecantikan, Isteri View Chin Tekad Mulakan Kerjaya Baru

Trending

“Saya Bakal Jadi Duta Produk” – Dilamar Syarikat Kecantikan, Isteri View Chin Tekad Mulakan Kerjaya Baru

Selepas mengharungi pelbagai kontroversi melibatkan rumah tangganya, bekas isteri kepada TikToker terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi memaklumkan bahawa dia akan memulakan kerjaya baharu.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Ah Moi meluahkan rasa teruja apabila dia dilamar oleh sebuah syarikat kecantikan untuk menjadi duta pertama produk mereka tidak lama lagi.

Advertisement

Start my career. First ambassador coming soon.

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata dia akan menjadi semakin kuat selepas ini dan berterima kasih kepada syarikat tersebut kerana memilihnya untuk berkolaborasi bersama.

First collaboration. Sebelum ni dah minum produk brand ni, sekarang berkerjasama lagi bestnya. Terima kasih pilih Ah Moi, akan semakin kuat lepas ni.

Terdahulu, Ah Moi telah mendedahkan perbuatan curang suami, View Chin dan pekerja mereka, Amirah Aqilah yang menjalinkan hubungan terlarang dibelakangnya.

Malah, isteri kepada Tiktoker itu turut memuat naik beberapa bukti perbualan mesra View dan Mira di aplikasi WhatsApp.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Rasa Lama Tak Balik Office" - View Chin Sengaja Tunjuk Video Kawasan 'Tangga' Pejabat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...