“Dah Bukan Raja-Raja Melayu Ni” – Keturunan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Dipertikai Netizen?

Hiburan

“Dah Bukan Raja-Raja Melayu Ni” – Keturunan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Dipertikai Netizen?

Wajah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah baru-baru ini telah mendapat perhatian kerana kecantikan yang terserlah di dalam perkongsiaan Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Melalui perkongsiaan tersebut, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan, pada Selasa.

Advertisement

Di dalam foto yang dikongsikan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah kelihatan jelita menggenakan persalinan kurung moden bermotif batik warna peach berserta selendang.

Walaupun ramai yang memuji kecantikan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah di dalam gambar, ada juga sesetengah netizen yang mempersoalkan keturunan baginda.

Meninjau di ruangan komen, warganet merasakan banyak lagi wanita di negeri Kelantan yang boleh dikahwini oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan mereka lebih menyukai jika keturunan datang dari darah Melayu.

komen netizen

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Habislah Kena Kecam" - Netizen Terkejut Tengok Yuna Berpelukan Mesra Dengan Afgan Di New York

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Yop Midun

    September 15, 2022 at 7:12 am

    Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.[1]

    Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang tiada darah diraja atau berasal dari orang kebanyakan, manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan raja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 – 23 Disember 1920).

    Dalam lipatan sejarah Kesultanan Kelantan juga terdapat tiga permaisuri yang bernama Zainab iaitu:

    1) Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV (1899-1920)

    2) Raja Perempuan Zainab I (Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Ibrahim (1944-1960)

    3) Raja Perempuan Zainab II (Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra) permaisuri kepada KDYMM Sultan Yahya Petra (1960-1979)

    • Marcus

      September 15, 2022 at 7:34 am

      Terima kasih Yop Midun

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...