“Dah Besar Anak Jadi Pendendam” – Wanita Dikecam Marah Anak Pakai Kayu, Netizen Dakwa Kes Dera

Kehidupan

“Dah Besar Anak Jadi Pendendam” – Wanita Dikecam Marah Anak Pakai Kayu, Netizen Dakwa Kes Dera

Rasanya ramai saja yang perasan cara ibu bapa dahulu kala dan zaman moden sekarang ini mendidik anak-anak amatlah berbeza.

Bagaimanapun, setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri kerana lebih mengenali anak yang ditatang sejak dilahirkan.

Advertisement

Baru-baru ini, satu video di TikTok telah tular apabila seorang wanita ‘mengajar’ anaknya dengan menggunakan sebatang kayu besar mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang menasihati caranya itu sama sekali salah.

Difahamkan melalui kapsyen video terbabit, kanak-kanak perempuan itu telah membuat satu perkara yang salah, jadi si ibu memberi peringatan dengan menggunakan kayu serta menganggap cara itu paling tepat untuk mengajar anak.

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, ada sesetengah netizen menyokong cara si ibu mengajar anak dan merasakan tidak ada salah mahupun betul dalam mendidik anak, asalkan anak menjadi seorang yang berguna.

Komen TikTok

Namun, ramai juga yang mengecam cara wanita itu sebab ianya akan membuat si anak menjadi seorang pendendam, malah terdapat seorang netizen yang ingin viralkan video terbabit dengan mendakwa wanita itu seolah-olah mendera anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ustaz Abu Syafiq dan KJ
2 years ago

"Saya Akan Lawan KJ! Dia Ingat Kita Takut, Ini Peluang Saya Tibai Dia" - Ustaz Abu Syafiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...