Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diperli sudah tiada ‘job’ susulan dikatakan sering membuat live di platform TikTok bagi mempromosikan produk.
Perkara tersebut diperkatakan oleh peminat Siti Nurhaliza di platform X selepas ada mendakwa ada pihak mentertawakan penyanyi tersebut kerana sering bersiaran langsung di TikTok.
Susulan mengetahui hal tersebut, anak tiri TokTi iaitu Asyraf Khalid tampil membidas dakwaan kurang enak mengenai kerjaya seni ibu tirinya.
Kata Asyraf, bagaimana seorang penyanyi yang sudah beberapa kali membuat konsert dalam masa setahun sehingga kurang rehat boleh dikatakan tiada kerja hanya disebabkan selalu buat live di TikTok.
Tambahan Asyraf lagi, tidak salah untuk TokTi melakukan live di platform TikTok, memandangkan dia juga merupakan pemilik perniagaan produk kecantikan jenama sendiri.