Sejak semalam, isu mengenai berbalas status di Instagram Story diantara pelakon Izreen Azminda dan bekas madu, Intan Saleh menjadi perhatian ramai.
Lagi-lagi apabila kedua belah pihak seolah-olah menujukan status terbabit kepada satu sama lain, hingga Izreen mengajak Intan untuk berjumpa jika ada lagi perkara yang tidak selesai.
Susulan pelakon berkenaan mendakwa bekas madunya mengelak daripada berjumpa, Intan tidak mendiamkan diri dan membalas status tersebut.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sebelum ini suaminya, Aizam Yahya mahu berjumpa dengan bekas suami tetapi Ude Wahid memberitahu dirinya tidak mempunyai masa serta ada kerja yang perlu diselesaikan.
Dalam pada masa yang sama, Intan turut menafikan dakwaan bahawa dirinya enggan berjumpa dengan Izreen dan memberitahu perkara di sebalik dakwaan tersebut.
View this post on Instagram
Ingat ya aku pernah nak jumpa kau, masa tu aku belum pun cerai tapi tak dapat sebab kau kata busy.
Tidak mahu memanjangkan cerita, bekas isteri Ude tersebut meminta pihak sana untuk berhenti membuat drama di media sosial dan fokus dengan kehidupan sendiri.
Sekadar info, Intan Saleh dan Ude Wahid pernah mendirikan rumah tangga bersama dan dikurniakan dua orang cahaya mata, namun bercerai setelah kehadiran ‘orang ketiga’ iaitu Izreen Azminda.