Sejak bergelar sebagai seorang usahawan empat tahun lalu, Tya Arifin yang juga merupakan seorang pelakon serta penyanyi ungkap rasa syukur kerana dapat membantu lebih 25,000 rakyat Malaysia.
Menurut Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, kerana itulah dia terpaksa menolak tepi kerjaya sebagai anak seni bagi membantu lebih ramai untuk meraih pendapatan menerusi perniagaan yang diurusnya.
Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, kini lebih 25,000 berjaya saya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan. Baik suri rumah, ibu tunggal, dibuang kerja, atau wanita berkerjaya lain yang perlu pendapatan sampingan.
View this post on Instagram
Tya yang ditemui oleh pihak Harian Metro di acara meraikan stokisnya baru-baru ini mengakui tidak pernah sekali pun dia terfikir untuk melakukan gimik bagi melariskan perniagaan produk kecantikannya ini.
Saya pun sebenarnya tidak ambil tahu sangat mengenai ada usahawan yang buat pendekatan gimik untuk dikenali dan tak terfikir langsung nak buat gimik lebih-lebih.
Dalam pada masa yang sama, isteri kepada Asyraf Khalid itu turut memberitahu bahawa dia berharap untuk mendapatkan anak ketiga selepas dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif, 4, dan Azzahra, 2.
Kita doa sama-sama agar Tya dan suami dikurniakan anak ketiga!