Rezeki Bulan Kelahiran, Tya Arifin Dan Suami Tunaikan Umrah

Hiburan

Rezeki Bulan Kelahiran, Tya Arifin Dan Suami Tunaikan Umrah

Pelakon dan usahawan Tya Arifin menggambarkan perasaan gembira apabila menerima hadiah paling bermakna sempena hari lahirnya esok iaitu menunaikan ibadah umrah.

fauziah nawi dan tya arifin
3 years ago

Didakwa Guna Isu Fauziah Nawi Tarik Diri Ketika Penggambaran Untuk Publisiti, Tya Arifin Perjelas Hal Sebenar

Advertisement

Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin berkata dia berlepas ke Jeddah, Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Tya Arifin

Pelakon kelahiran Indonesia itu tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas dua tahun jemaah dari negara luar tidak dapat melakukannya akibat penularan pandemik Covid-19.

Saya mohon maaf kepada semua andai ada salah yang sengaja mahupun tidak. Doakan saya dan suami dipermudahkan umrah sehingga kembali ke tanah air.

Tya, 27, menjadi selebriti tempatan pertama yang mengerjakan ibadah umrah selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan kedatangan jemaah dari negara luar bermula 10 Ogos lalu.

Menurut suaminya Asyraf Khalid, dia dan Tya membuat keputusan menunaikan umrah selepas menerima panggilan daripada agensi yang memaklumkan bahawa trip menunaikan umrah kembali dibuka ketika mereka sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu.

Penerbangan Tya dan Asyraf ke Tanah Suci meninggalkan dua anak mereka iaitu Arif Jiwa Asyraf, 4, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 2.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...