Biarpun sekarang ini kita sedang hidup di zaman moden iaitu kemudahan semua sudah siap tersedia, namun masih ada kawasan-kawasan pendalaman yang mengalami kepayahan dalam lalui liku-liku kehidupan seharian.
Jika hendak dikatakan tentang infrastruktur kawasan pendalaman, sama sekali jauh berbeza dari bandar dan ia seolah-olah tidak dihiraukan oleh pihak atasan.
Seperti satu video viral semalam di Twitter, apabila ia memaparkan beberapa pelajar sekolah menaiki rakit untuk ke sekolah.
2 bulan jambatan putus, kena redah sungai naik rakit yang lebar satu depa je.
Lepas dah seberang, kena naik pula tebing sungai yang curam dengan galas beg sekolah lagi.
Ini tahun 2022, bukan zaman perang penjajah lagi. Macammana boleh sampai macam ni?
pic.twitter.com/ry7dn1pkz4— luqmanlong (@luqmanlong) April 28, 2022
Rakit tersebut digunakan untuk menyeberang sungai akibat jambatan gantung yang sering menjadi jalan utama mereka untuk ke sekolah terputus.
Hal yang lebih memeritkan, tiada sebarang tindakan di ambil oleh pihak atasan biarpun sudah masuk bulan kedua laluan utama itu rosak.
Difahamkan dari sumber lain, kerajaan Sabah ada menjanjikan untuk memberi bot kepada kawasan penduduk, namun sehingga kini tiada apa yang diberikan.
Melihat daripada reaksi netizen, kebanyakkan mempertikaikan ‘kerja’ pihak atasan yang sangat lambat mengambil tindakan biarpun sudah teruk seperti ini.